Satu lagi hari telah dibazirkan oleh aku yang pemalas!!!!...
Bermula dengan pagi yang amat lewat serta disusuli oleh branch yang amat sempoi aku mulakan hari yang amat aku sia-siakan. Aku mulakan azamku hari ini dengan membuat "list to do":
1. Notes Digital Circuits
2. Baca Material
3. Notes Analogue
4. Latihan Maths
5. Notes Field
6. Energy & systems?
Yang akhirnya tidaklah aku penuhi & aku tepati, aku hanya berjaya membuat latihan maths module 10 dimana aku mula pada jam 2 petang hingga jam selesainye adalah 2 pagi.. So ridiculus!!!! Dan sudah tentu aku berpoya-poya diantaranya... Hasratku untuk berkunjung ke rumah yatie untuk menghiburkan diri dengan menonton surirumah gersang terbantut kerana beliau hendak berpoya-poya di bandar yang berdekatan. Tidak mengapalah, mungkin esok masih ada.
Jadi, aku dengan irama kebosanan menghabiskan sisa-sisa minit percumaku dengan menalifon encik ikrom kerana beliau akan bertolak ke Lumut untuk menghadiri OBS (dimana aku tidak pasti apakah maksudnya... mungkin cik layen boleh menolong aku). Beliau akan bertolak pada Isnin ini, iaitu bersamaan dengan tarikh jatuhnya hari jadi aku pada tahun ini... Sangat menyedihkan??? Lebih kurang bergitulah...tapi jikalau beliau tiada OBS itu pun tidaklah mendatangkan kesan keatas aku sekiranya hanya pada hari itu.. Tapi malangnya ia akan mengesankan aku kerana beliau akan berkelana selama kurang lima hari sepurnama.
Nampaknya minit percumaku pada purnama akan datang sangatlah berlebihan, mungkin aku akan lebih banyak menalifon bonda untuk bertanyakan resipi-resipinya... Ataupun mengganggu hidup kekandaku di sarawak & adinda-adindaku di semenanjung. Dan jikalau itu tidaklah dapat menghabiskan minit percumaku, nescaya akanku tanyakan khabar nendaku di perak atau pun di kedah (kerana aku tidaklah tahu dimana beliau kini).
Aku tidaklah pasti apa lagi yang aku lakukan pada hari ini, melainkan apa yang aku coretkan....
Kesimpulan:
Arfah sakit otak
Teka-Teki:
Gamba ini mengingatkan anda APA?
Apakah yang sedang dilakukan oleh sang singa ini? Dan kenapa?
Name: Tido Alchemist
Bdae: 14 Feb 1984
Nicks: Arfa
Skool:Soton uni
Contact Me: @zazu
[[My Adores]]
Food: Mum's Cooking
Drinks: Cendol
Pastimes: Hmm..?
People: No comment
Animal: Any furry animal cam cc plak bunyinye
[[My Detests]]
People: Ehem..ehem..
Animal: Lizard & Frogs
Food: None
[[Ariel Lin: Fei Ni Mou Shu]]